[1] Tidak berdua-duaan antara lelaki dengan
perempuan yang bukan muhrim, baik di rumah, di pejabat atau di mana saja.
Mengikut Sabda Rasulullah, "Tidaklah seorang laki-laki yang
berdua-duaan dengan seorang wanita, kecuali yang ketiganya adalah
syaitan."
[2] Bagi para wanita muslimah, hindarilah
Tabarruj (berhias diri) dan Sufur
(tidak menutup
aurat) ketika keluar rumah, kerana ini boleh menyebabkan fitnah dan menarik
perhatian. Rasulullah bersabda, "Ada dua
golongan penghuni neraka dan
disebutkan salah
satu diantaranya- wanita yang berpakaian tapi telanjang dan
berjalan miring
berlenggak-lenggok." Dan pakaian yang paling dianjurkan adalah
abaya yang
sederhana (pakaian berwarna hitam yang menutupi seluruh tubuh),
menutup kedua
tangan dan kaki, serta tidak menggunakan wangi-wangian. Hendaklah
mencontoh
Ummahatul Mu'minun dan Shahabiyat, bila keluar rumah mereka itu
bagaikan burung
gagak yang memakai pakaian hitam, tidak sesuatu pun dari tubuh
mereka yang
terlihat.
[3] Hindari membaca majalah-majalah yang merosak
dan menonton filem-filem yang
terdapat adegan
porno, kerana ini akan membangkitkan nafsu seks . Janganlah merosak
rumahmu, hatimu dan akalmu dengan hubungan-hubungan yang diharamkan.
[4] Allah berfirman, "Dan
diantara manusia (ada) orang yang mempergunakan
perkataan yang
tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa
pengetahuan dan
menjadikan jalan Allah itu bahan olok-olokan. Mereka itu akan
memperoleh
adzab yang menghinakan." (Lukman:6). Maka hindarilah mendengarkan lagu-lagu yang
mengasyikkan, hiasilah pendengaranmu dengan lantunan ayat-ayat suci Al-Quran,
selalulah membaca dzikir dan istighfar, perbanyaklah dzikrul maut (mengingat
mati) .
[5] Takutlah kepada Yang Maha Esa, Maha Kuasa dan
Maha Mengetahui apa-apa
yang
tersembunyi. Ini adalah rasa takut yang paling tinggi yang menjauhkan
seseorang dari
perbuatan maksiat. Anggaplah bahawa ketika anda tergelincir pada
perbuatan zina,
maka bagaimana jika seandainya hal itu diketahui oleh bapamu,
ibumu,
saudara-saudaramu?
[6] Mencari teman yang baik dan hindarilah
teman jelek, kerana ia akan datang kepada anda bagaikan seorang pencuri yang
masuk secara sembunyi-sembunyi mencuri kesempatan hingga ia menggelincirkanmu
pada sesuatu yang diharamkan.
[7] Perbanyakkan berdoa.
[8] Tidak membiarkan waktu senggang berlalu
kecuali dengan membaca al-Quran.
Berusaha
menghafal apa yang mudah dari al-Quran. Jika diri anda tidak disibukkan
dengan ketaatan dan ibadah, maka anda akan disibukkan oleh kebathilan.
[9] Ingatlah bahawa anda akan meninggalkan dunia
ini pada bila-bila masa. Allah berfirman, "Dan
berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan." (Maryam: 39). Iaitu hari dibukanya segala hal yang
tersembunyi, hari dimana seorang ibu yang menyusui melupakan anaknya yang
sedang ia susui.
[10] Hati-hati menggunakan telefon, jangan sampai
menjerumuskan ramai manusia, lelaki maupun wanita, dalam perbuatan zina.
Maka janganlah anda menjadi salah satu dari mereka yang menjadi korban.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar